17 May 2013

Satu

14 01 18

Pagi pagi lagi Muiz telah menghidupkan kereta barunya dengan menekan butang tertera "Start/Stop"  terselit di papan pemuka yang kemas dan elegan.Kemudian dengan lancarnya enjin 2.0 TSI  Volkswagen Golf GTI edisi ke-7 yang berwarna putih kemas dengan 'bodykit' lengkap itu berderum ringan menandakan ia telah bangun dari rehat.

      Sapaan sistem GPS yang dipaparkan oleh skrin sesentuh di tengah- tengah konsol papan pemuka tidak diendahkan dia kerana dia sudah mengingati laluan ke destinasinya , sebuah Cafe' yang terletak di tengah ibu kota. Kerap kali dia datang ke Cafe' Muhabbah ini untuk menenangkan jiwa dengan membaca buku yang digemarinya ditemani secawan "white coffee'. Maklumlah , dia kini merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat konglomerat terkemuka. Pasti hari harinya penuh dengan tekanan di tempat kerja.

       Masih dia ingat, sewaktu kecil dahulu ibunya selalu membawanya ke Cafe'  Muhabbah yang pada asalnya hanyalah sebuah bakeri. Di Cafe' Muhabbah inilah dia pertama kali merasa 'dorayaki' yang dipopularkan oleh siri kartun Doraemon. Mana dia boleh lupa. Banyak memori silamnya berkait dengan Cafe' ini.

   Tiba di simpang , "Please lah ada spot parking yang biasa" dia bermonolog. Entah kenapa, dia amat suka dengan sudut parking yang betul betul di sudut corner lot bangunan deretan kedai itu , betul betul bawah papan tanda Cafe' Muhabbah.

   Langkah pertamanya ke dalam Cafe' itu disapa oleh salah seorang pekerjanya , Dania ." Selamat pagi En. Muiz , macam biasa ke ?" . "Ya Dania , macam biasa". Jawab Muiz.sambil membelek novel "The Notebook" yang entah kali ke berapa dia membaca. Cerita nukilan Nicholas Sparks itu bagai ada magis terhadap dirinya.

 "Nah , En. Muiz, white coffee dan croissants , macam biasa" kata Dania yang melemparkan senyuman sambil menghidangkan pesanan Muiz. Dia membalas senyuman , dan ucapan "Danke !" tersembur dari mulutnya. Kerap kali Muiz bertukar bahasa mengucapkan terima kasih kepada Dania. Kadang kadang dia selangkan "Syukran" , "Kamsa Hamnida" dan " Danke" mengikut mood-nya. Dania hanya mampu tersenyum.

Dania itu lengkap dengan pakej seorang wanita idaman.Orangnya ceria dan menceriakan.Agak tinggi berbanding tinggi purata gadis Melayu dan mempunyai suara lunak yang kadang menggoda Muiz.Kulitnya yang putih gebu serta renungan matanya yang mengancam dan sikapnya yang mesra pelanggan menjadikan dia aset kepada Cafe' Muhabbah . Beliau merupakan seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti di ibu kota. Pagi, Dania akan bekerja di Cafe' Muhabbah ini yang merupakan milik bapa saudaranya. Sikit sebanyak , upah yang diperoleh dapat meringakan bebannya sebagai pelajar.

Pun begitu, Muiz tidak pernah tertarik kepada Dania. Memikirkan tentang perkara hati , membuatkan dia teringat akan kisah lama. Kisah yang merubah hidupnya, menjadikan hatinya membenci 'Cinta' . Bahkan kalau ditimbulkan soal cinta atau pasangan oleh member-membernya , pantas dia menghentikan bicara. Tambah lagi pedihnya apabila Zulfahmi, sahabat baiknya yang masih belajar di tahun akhir Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) di sebuah IPTS baru sahaja melangsaikan pertunangan dengan gadis pilihannya. Saifuddin pula, sahabatnya yang sedang menuntut di Perlis , kali ini entah bersama siapa , tidak dapat dia ingat satu persatu wanita yang pernah menjadi idaman sahabatnya itu. Hanya tinggal lagi Shukri , yang sedang menuntut di Mesir belum menyimpul kata.

Makin dia fikir , makin dia gundah gulana. "Muiz , tak sejuk ke kopinya ?" suara Dania membangkitkannya dari angan. "Ahh , ye cik Dania " dia menggelabah tapi cuba untuk stay macho mengawal keadaan.Dania terus ke meja sebelah melayan pelanggan. Dia mula menghirup 'white coffee' yang terhidang.

Bagi seorang penagih kafein sepertinya, rasa coffee amat 'distinctive' dan signifikan. Setiap hirup mesti diiringi dengan 'strength' 'taste' dan aroma. Bagi dirinya , secawan coffee mestilah mempunyai karakter 'medium strength' , rasanya mesttilah diiringi kemanisan yang 'piquant' selepas berlalunya rasa pahit bagi mengelakkan kelat dan 'coffee beans' tersebut mestilah di 'roast' dengan sempurna untuk menghasilkan aroma yang  berpanjangan. Secawan 'white coffee' yang berada dalam genggam lembut tangannya itu punya segalanya. Peraturannya mudah ,bau aroma, pejam mata, hirup dan biarkan rasa kopi itu kekal sekurang kurangnya 5 saat.Itulah teknik yang Muiz terima daripada seorang 'barista' yang ditemuinya ketika dia ke Firenze tahun lalu.Saat itu baginya, indah . Amat indah.

Kemudian matanya bagaikan menangkap satu entiti dari sebuah Bank seberang Cafe', tingginya pendek pendek comel. Susuk tubuhnya terlindung dari pakaian yang labuh , raut wajahnya bagai memancarkan seri ditambah dengan senyuman yang terukir sambil dia bersembang gembira dengan rakan rakannya, tiga lagi yang juga bertudung labuh. Pernah dia dengar 'superstition' yang mengatakan , hirupan ketiga kopi mempertemukan jodoh. "Orang Itali gila, karutlah percaya benda macam tu" bisik hati Muiz.

Tapi bila difikir kembali , mana dia pernah melihat seorang perempuan dengan pandangan begitu. Dunianya bagaikan berubah ke 'mode' gerak perlahan . Visi pandangannya kabur kecuali kepada dia, bagaikan saat itu , hanya dia yang wujud di dunia.Hela tawa dan kata katanya bagai dapat Muiz dengar satu persatu sedangkan mereka terhalang oleh dinding kaca bangunan Cafe' dan dipisahkan lagi oleh jalan simpang berjarak 2 buah kereta.
"Perasaan apakah ini ?" Muiz seakan ingin berdalih tapi tidak pula dia ingin berhenti dari lamunan perasaan yang asing baginya itu.

Sendirian , senyuman tiba tiba terukir di raut wajah Muiz.

"Kadangkala kita diterpa dengan peristiwa yang memangkin perubahan diri kita tanpa kita sedar"


No comments: