15 August 2013

Kunci gerbang Perkahwinan (Part 1)

Hello gadis comel dan jejaka awesome sekalian ~

Pernah tak dengar atau come across pepatah Melayu dan sayings yang menggunakan kunci or 'key' ?
Contoh pepatah Melayu ialah"Anak kunci jahat,peti derhaka" dan there's a saying that goes "Smile is the key that fits the lock of everybody's heart .

Tak , post kali ni bukan nak bercerita tentang kunci dalam pepatah patah tersebut (Mungkinlainkali) tapi nak cerita tentang 4 Kunci yang perlu ada kepada seorang Jejaka sebelum memetik sekuntum bunga.Cewahh. Sound interesting, rite ? Well let's get straight to the point :

1.Kunci Pejabat

Simply said , "Mentua mana nak biarkan anak gadis mereka makan pasir" . Sound harsh tapi itulah realiti masyarakat. Soalan pertama yang akan terpacul dari mulut makcik makcik tukang gulai kat belakang dapur kenduri kahwin belah perempuan ialah "Suami si pengantin tu kerja apa ?" . "Kerja kat mana ?" dan sebagainya. Tu belum ambik kira soalan soalan makcik hipster dan indie zaman sekarang ni yang lebih direct dan makan dalam "Ni, si pengantin laki ni buat MLM ke apa, muda muda dah boleh kahwin ?", " Agak agak berapa ribu 'loan' belah lelaki tu buat nak kahwin dengan sifulan ni" ? kata mak Senah ,menghembuskan asap rokon daun sambil mencuci pinggan yang sama, sejak 15 minit yang lepas. Amboi, kemain ~. Hahaha. Tapi pernah dak makcik makcik or siapa siapalah tanya calon suami saudara perempuan mereka , "Berapa juzuk Quran hafal ?". Ada ? *angkat kening sebelah ala "The Rock"

Kalau bab kahwin , kemain panjang explanation. Hahaha . Sebenarnya nak cerita mengenai "Kunci Pejabat" yakni merujuk kepada pekerjaan. Jejaka, hensem mana sekalipun kalau tak ada kerja, tak ada pendapatan , maknanya tak ada saham. Bukan kurang saham , tak ada. Kalau ada yang berkenan pon , gadis spesis cari short relay,cari rupa , jenis cari kaki. Pekerjaan tu tak semestinya pekerjaan yang ada nama yang gaji besar. Doktor , Pensyarah , Peguam , Ahli Korporat tu semua bonus buat jejaka yang dah sedia hensem. Paling-paling tidak , biarlah ada pendapatan yang cukup untuk menyara keperluan keluarga kelak. Well , they said "Less is more"


2.Kunci Rumah

                                                           A place we called home.

Rumah bukan sekadar bangunan konkrit berbumbung. Sekurang kurangnya jejaka yang hendak meminang anak dara orang hendaklah mampu untuk menyewa rumah. Walau tidak besar atau luas, cukuplah untuk keselesaan buat bakal isteri dan anak anak untuk berteduh dari hujan panas.Kalau dapat beli rumah sendiri or dapat rumah harta pesaka keluarga yang bebas hantu merupakan bonus.Pernah dengar lagu Philip Philips -Home ?


"Hold on, to me as we go 

As we roll down this unfamiliar road 

And although this wave is stringing us along 

Just know you're not alone 
Cause I'm going to make this place your home 


Just know you're not alone 

Cause I'm going to make this place your home"

Lagu ni cukup menceritakan konsep sebuah rumah yang perlu lelaki sediakan untuk keluarganya which is more to safety. Yup, lelaki perlu tahu how to provide a safe place for his wife and children albeit there will be challenging road ahead. Mungkin , kestabilan rumah tangga akan tergugat , secara hubungan , kewangan dsb. But then , you've to be ready to tackle the challenges ahead.Build the sense of belongings within a family and a place we called 'home'. Pesanan penaja: "Elakkanlah daripada tertidur dalam kelas kursus kahwin" :P

                                                  Part 2 to come to you , later ~~

28 June 2013

8.2 saat

Suatu penceritaan yang bermula di laman umum. Dikelilingi berbilang bilang lagi homosapiens lain tapi entah mengapa saat itu sepasang retina yang melekat di soket mata ini bagaikan terfokus .Penglihatan aku bagaikan terkabur , ala ala fungsi macro yang disemat dalam DSLR yang mencanak harganya dan telefon telefon pintar dalam poket manusia yang bernyawa. Kalau kau masih tak dapat nak hadam bagaimana , aku cadangkan kau hadam cerita cerita klishe romantic yang berlambak boleh kau cari.

            Dia bukan alien . Bukan juga makluk hijau bermata putih. Dan bukan juga jauh berbeza dari dengan homosapiens berchromosome XX lain yang turut memenuhi ruang pandangan mataku.Tapi entah mengapa , saat kepalaku terpaling menghadap dia , sternocledomastoid muscle yang menyokong pergerakan leherku seakan akan memaksa leherku mengikut arah pergerakan dia. Disupport pula oleh retinaku yang telah sedia terfokus , memerhati gerak geri dia.Ah , mereka ( urat leher dan mata) Tag Team rupanya , cilakak. Barangkali kami berjarak satu tiang lampu , aku lupa.

            Dan yang pasti aku ingat adalah apa yang menyusul . Antara saat yang paling aku tak boleh lupa , sehinggakan saat nafas yang aku hela ini. Iya ! saat sternocledomastoid muscle dia juga memalingkan wajah dia menghadap aku. Aku pasti sepasang retina juga sedang terfokus kepada aku . Saat ini , waktu bagaikan terhenti . Semua homosapiens yang sebelum ini mengelilingi , bagaikan hilang menyepi . Bagaikan saat itu , hanya ada aku , dia dan Dia yang Maha Melihat. Aah ! Rupanya 2 pasang retina dan 2 pasang sternocledomastoid mucsles ini Tag Team juga !

          Di saat terhentinya masa itu , aku berkira , satu , dua , tiga , empat , lima , enam, tujuh , lapan perpuluhan dua saat aku menatap , dibalas empat perpuluhan lima . Pertentangan selama 4.5 saat kurang lebih yang aku alami itu , tiada tertanding. Pernah aku baca , andai makhluk XY selesa melihat wajah XX melebihi 8 saat tanpa sepatah kata , itu mungkin cinta pandang pertama. Manakala , makhluk XX hanya 4 saat kurang lebih kerana mereka dianugerahkan Maha Pencipta sifat pemalu sejak azali lagi. Well, masuk akal.

         Dia kemudian tertunduk, malu . Kemudian dia melemparkan senyuman sebelum berlalu. Aku tanpa sedar , sudah sedia tersenyum sendirian. Bagaikan aku terapung di awang awangan menafikan hukum fizik . Lantaklah , ini perasaan. Perasaan ini ilusi dan imaginasi , yang boleh diselami tapi tak dapat disentuh. Apa ke jadah nak ikut hukum fizik lagi ? Yang pasti senyuman hari itu , aku masih ingat sehingga hari ini. Seharian pipi terasa panas , bibir mengukir senyuman. Seharian lagu "Feeling Good " nyanyian Michael Buble' bermain di kepala.
 
            Feeling Good by Michael Buble'
 

26 June 2013

Kulihat di luar jendela

Siang,
aku lihat di luar jendela ,
tanah yang ku pijak ,
menderita,
langit yang ku dongak,
merana...

Malam,
aku lihat di luar jendela,
bintang yang bersinar,
hilang,
bulan yang bercahaya,
merah...

Kulihat di luar jendela,
aku tertanya ,
nikmat Dia yang manakah telah kita dustakan ?


Wordless Hazy day

Haze ? No Problem

 

17 May 2013

Satu

14 01 18

Pagi pagi lagi Muiz telah menghidupkan kereta barunya dengan menekan butang tertera "Start/Stop"  terselit di papan pemuka yang kemas dan elegan.Kemudian dengan lancarnya enjin 2.0 TSI  Volkswagen Golf GTI edisi ke-7 yang berwarna putih kemas dengan 'bodykit' lengkap itu berderum ringan menandakan ia telah bangun dari rehat.

      Sapaan sistem GPS yang dipaparkan oleh skrin sesentuh di tengah- tengah konsol papan pemuka tidak diendahkan dia kerana dia sudah mengingati laluan ke destinasinya , sebuah Cafe' yang terletak di tengah ibu kota. Kerap kali dia datang ke Cafe' Muhabbah ini untuk menenangkan jiwa dengan membaca buku yang digemarinya ditemani secawan "white coffee'. Maklumlah , dia kini merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat konglomerat terkemuka. Pasti hari harinya penuh dengan tekanan di tempat kerja.

       Masih dia ingat, sewaktu kecil dahulu ibunya selalu membawanya ke Cafe'  Muhabbah yang pada asalnya hanyalah sebuah bakeri. Di Cafe' Muhabbah inilah dia pertama kali merasa 'dorayaki' yang dipopularkan oleh siri kartun Doraemon. Mana dia boleh lupa. Banyak memori silamnya berkait dengan Cafe' ini.

   Tiba di simpang , "Please lah ada spot parking yang biasa" dia bermonolog. Entah kenapa, dia amat suka dengan sudut parking yang betul betul di sudut corner lot bangunan deretan kedai itu , betul betul bawah papan tanda Cafe' Muhabbah.

   Langkah pertamanya ke dalam Cafe' itu disapa oleh salah seorang pekerjanya , Dania ." Selamat pagi En. Muiz , macam biasa ke ?" . "Ya Dania , macam biasa". Jawab Muiz.sambil membelek novel "The Notebook" yang entah kali ke berapa dia membaca. Cerita nukilan Nicholas Sparks itu bagai ada magis terhadap dirinya.

 "Nah , En. Muiz, white coffee dan croissants , macam biasa" kata Dania yang melemparkan senyuman sambil menghidangkan pesanan Muiz. Dia membalas senyuman , dan ucapan "Danke !" tersembur dari mulutnya. Kerap kali Muiz bertukar bahasa mengucapkan terima kasih kepada Dania. Kadang kadang dia selangkan "Syukran" , "Kamsa Hamnida" dan " Danke" mengikut mood-nya. Dania hanya mampu tersenyum.

Dania itu lengkap dengan pakej seorang wanita idaman.Orangnya ceria dan menceriakan.Agak tinggi berbanding tinggi purata gadis Melayu dan mempunyai suara lunak yang kadang menggoda Muiz.Kulitnya yang putih gebu serta renungan matanya yang mengancam dan sikapnya yang mesra pelanggan menjadikan dia aset kepada Cafe' Muhabbah . Beliau merupakan seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti di ibu kota. Pagi, Dania akan bekerja di Cafe' Muhabbah ini yang merupakan milik bapa saudaranya. Sikit sebanyak , upah yang diperoleh dapat meringakan bebannya sebagai pelajar.

Pun begitu, Muiz tidak pernah tertarik kepada Dania. Memikirkan tentang perkara hati , membuatkan dia teringat akan kisah lama. Kisah yang merubah hidupnya, menjadikan hatinya membenci 'Cinta' . Bahkan kalau ditimbulkan soal cinta atau pasangan oleh member-membernya , pantas dia menghentikan bicara. Tambah lagi pedihnya apabila Zulfahmi, sahabat baiknya yang masih belajar di tahun akhir Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) di sebuah IPTS baru sahaja melangsaikan pertunangan dengan gadis pilihannya. Saifuddin pula, sahabatnya yang sedang menuntut di Perlis , kali ini entah bersama siapa , tidak dapat dia ingat satu persatu wanita yang pernah menjadi idaman sahabatnya itu. Hanya tinggal lagi Shukri , yang sedang menuntut di Mesir belum menyimpul kata.

Makin dia fikir , makin dia gundah gulana. "Muiz , tak sejuk ke kopinya ?" suara Dania membangkitkannya dari angan. "Ahh , ye cik Dania " dia menggelabah tapi cuba untuk stay macho mengawal keadaan.Dania terus ke meja sebelah melayan pelanggan. Dia mula menghirup 'white coffee' yang terhidang.

Bagi seorang penagih kafein sepertinya, rasa coffee amat 'distinctive' dan signifikan. Setiap hirup mesti diiringi dengan 'strength' 'taste' dan aroma. Bagi dirinya , secawan coffee mestilah mempunyai karakter 'medium strength' , rasanya mesttilah diiringi kemanisan yang 'piquant' selepas berlalunya rasa pahit bagi mengelakkan kelat dan 'coffee beans' tersebut mestilah di 'roast' dengan sempurna untuk menghasilkan aroma yang  berpanjangan. Secawan 'white coffee' yang berada dalam genggam lembut tangannya itu punya segalanya. Peraturannya mudah ,bau aroma, pejam mata, hirup dan biarkan rasa kopi itu kekal sekurang kurangnya 5 saat.Itulah teknik yang Muiz terima daripada seorang 'barista' yang ditemuinya ketika dia ke Firenze tahun lalu.Saat itu baginya, indah . Amat indah.

Kemudian matanya bagaikan menangkap satu entiti dari sebuah Bank seberang Cafe', tingginya pendek pendek comel. Susuk tubuhnya terlindung dari pakaian yang labuh , raut wajahnya bagai memancarkan seri ditambah dengan senyuman yang terukir sambil dia bersembang gembira dengan rakan rakannya, tiga lagi yang juga bertudung labuh. Pernah dia dengar 'superstition' yang mengatakan , hirupan ketiga kopi mempertemukan jodoh. "Orang Itali gila, karutlah percaya benda macam tu" bisik hati Muiz.

Tapi bila difikir kembali , mana dia pernah melihat seorang perempuan dengan pandangan begitu. Dunianya bagaikan berubah ke 'mode' gerak perlahan . Visi pandangannya kabur kecuali kepada dia, bagaikan saat itu , hanya dia yang wujud di dunia.Hela tawa dan kata katanya bagai dapat Muiz dengar satu persatu sedangkan mereka terhalang oleh dinding kaca bangunan Cafe' dan dipisahkan lagi oleh jalan simpang berjarak 2 buah kereta.
"Perasaan apakah ini ?" Muiz seakan ingin berdalih tapi tidak pula dia ingin berhenti dari lamunan perasaan yang asing baginya itu.

Sendirian , senyuman tiba tiba terukir di raut wajah Muiz.

"Kadangkala kita diterpa dengan peristiwa yang memangkin perubahan diri kita tanpa kita sedar"


30 April 2013

Loner Sejati

Aku tidak hidup kesorangan,
Hari hari ku diceria sahabat taulan,
Tidak pernah sunyi , tidak pernah sepi.

Aku tidak pernah ditinggalkan,
Hari hariku ditemani pelbagai aktiviti,
Tidak pernah terlopong kosong , tidak pernah tanpa acara.

Aku tiada sendirian,
Masa aku kadang terisi dengan tidur dan tidur,
Tidak pernah lekang mendengar gelak ketawa.

Kenapa kau kata aku loner ?
Kerana telefon pintarku tiada yang menelefon kah ?
Atau,
Kerana tiada deringan pesanan ringkas kah ?

Aku pun tidak mengerti,
Kenapa aku ,
Loner Sejati.


p/s :