1 March 2012

The Little Book by Selden Edwards

This my very first English novel that I read.....

'A breathtaking love story that spans generations,
ranging from fin-de-siécle Vienna through the pivotal
moments of the twentieth century'

The Sneak Peek

The Little Book is the extraordinary tale of Wheeler Burden - banking heir , rock idol , and Harvard baseball hero . Wheeler suddenly finds himself dislocated in time and space from 1988 San Francisco to Vienna in the year 1897 . It is precisely ninety-one years before his last memory and a half century before his birth.

 It's not long before Wheeler encounters local residents Mark Twain  , Gustav Mahler and an eager young psychologist named Sigmund Freud. When Wheeler develops a powerful crush on a luminous young woman , it leads to an incredible insight into his own family - and the dashing young war-hero father Wheeler never knew.

While the truth at the center of Wheeler's dislocation in time remain a stubborn mystery , solving it will ultimately reveal the eccentric Burden family's unrivaled impact on the very course of the coming century.


RICHARD FORD describes this novel as
'Richly inventive , woven tightly with incident , and fully engaging' 

faizska1.schöN~™




Cara Mudah untuk ByPass Sekatan DNS

Salam semua ~!!

Bagi rakan2 yg pernah download movie dari internet tidak dpat tidak mesti mengenali laman thepiratebay.org sebuah laman yang menyediakan akses download secara P2P melalui torrent . Antara software yg paling 'common' ialah  http://www.utorrent.com/  ....Baru - baru ini SKMM telah mem'block' laman2 yg menjadi tmpat perkongsian siber terbesar di dunia ini termasuklah laman www.megaupload.com . Pastu  bisinglaa satu Malaysia dgn buah mulut yg biasa kita dengar :
' Kejamlah SKMM ! menyekat kebebasan pengguna ! Bangang betul ~! ' yg tu yg biasa laa ..
.yg luar biasa :
' **** this corrupted government !! we stand in the name of human right blabalaa ...we are against SOPA blabla......'

Haa ..meh sini si kacak~ nk kongsi ...senang je nk override atau ByPass sekuriti sistem yang dibuat oleh SKMM nih .. Ada banyak cara antaranya Proxy Based Apps , Proxy Servers dan Use Free VPN ....

Lpas nih bolehlaa kalau korang nk download movie secara FREE ...~

Cara yang paling senang ( x memerlukan masuk kelas IT atau kursus komputer )  ialah DNS ( Domain Name System) kalau nk tahu definisi + huraian ala profesor ...rajin2 laa bukak http://en.wikipedia.org/wiki/Domain_Name_System ... ...yg tuh korang cari sendiri ...

The Steps :

Broadband

1.Pergi ke Connections ( Maxis , Celcom ) korang then Right Click .....

2 . Klik Properties .

3.Klik Tab Networking

4. Korang akan nampak items dalam connections ...

5 . Klik yang nih --- >Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)

5.Lpas tuh prasan x Properties dkat bawah tuh akan active ... Klik Properties ...

6. Klik 'Use the following DNS Server Adress'

7. Isi 8.8.8.8.  seperti yg ditunjukkan dalam screenshot dkat bawah nih .....

WI-FI

1.Right click atas nama Connections korang

2. Klik Status .

3. Klik Properties dkat bawah sekali ( bukan Wireless Properties)

4. Klik Tab Networking

5. Klik yang nih --- >Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)

6. Klik Properties

7. Klik 'Use the following DNS Server Adress'

8. Isi 8.8.8.8.  seperti yg ditunjukkan dalam screenshot dkat bawah nih .....





untuk langkah KESELAMATAN ..Lpas siap download tu pandai2 laa  tekan balik 'Obtain DNS Server automatically' untuk mengelak salah faham sistem IP anda .

Selamat Mencuba . kacak ~


Segala pengubahsuaian adalah di atas tanggungjawab anda sendiri . 

6 February 2012

Kekasihku ..........

Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

24 January 2012

Santun Bahasa

Salam semua , kerancakan pembangunan masa kini dilihat secara tidak langsung telah mengikis dikit demi dikit 'Santun Bahasa' dalam kalangan masyarakat . Lambat laun pada pendapat penulis , masyarakat Malaysia akan mendepani masalah 'Santun Bahasa' yang kian sirna . Tertarik untuk penulis mengajak saudara saudari berfikir sejenak mengenai perihal yang berbangkit ini .Seperti yang kita sedia maklum media massa dan elektronik merupakan faktor utama yang mempengaruhi segala tindak tanduk dan perilaku masyarakat . Namun , hari ini dilihat pihak media langsung tidak menitikberatkan 'Santun Bahasa' yang sinonim dengan masyarakat kita. Hasilnya , hilanglah permata masyarakat melayu kita ditelan dek zaman. Penulis sediakan beberapa eviden yang boleh menyokong konotasi yang dicetuskan :


1.Filem : Mengagungkan budaya barat seperti KL Gangster , Bohsia ,Songlap dll
2.Perdana (visual ): Kurangnya drama yang bertraskan santun melayu .
3.Perdana( penulisan) : Mementingkan tajuk yang boleh 'dijual' berbanding yang berinformasi seperti : 'Gadis 15 Tahun layan Atuk '


Penulis berharap agar pihak berwajib akan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan perkara yang dicanangkan. Begitupun , penulis ingin memuji Menteri Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan , Dato' Seri Utama Dr Rais b. Yatim di atas kebolehannya menuturkan Bahasa Malaysia dengan baik .


Sekadar Tuntas penulisan hamba , harap dimaaf silap dan salah dek kecuaian hamba sendiri .


'Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Illahi , yang buruk itu datang dari saya sendiri ...

23 January 2012

Post.One

This blog is writing as a third person view of this world from the eyes of me .

Blog ini menulis dari perspektif orang ketiga tentang Dunia dari mata yg dianugerah Illahi ini .

schöN~