30 April 2013

Loner Sejati

Aku tidak hidup kesorangan,
Hari hari ku diceria sahabat taulan,
Tidak pernah sunyi , tidak pernah sepi.

Aku tidak pernah ditinggalkan,
Hari hariku ditemani pelbagai aktiviti,
Tidak pernah terlopong kosong , tidak pernah tanpa acara.

Aku tiada sendirian,
Masa aku kadang terisi dengan tidur dan tidur,
Tidak pernah lekang mendengar gelak ketawa.

Kenapa kau kata aku loner ?
Kerana telefon pintarku tiada yang menelefon kah ?
Atau,
Kerana tiada deringan pesanan ringkas kah ?

Aku pun tidak mengerti,
Kenapa aku ,
Loner Sejati.


p/s :